Jawapan :
Ya! haiwan juga mempunyai kitar hidup seperti manusia..
Oleh itu, mari kita belaja lebih pasal topik ini ye murid-murid ^^
Cikgu Sidar ambil satu haiwan/serangga sebagai contoh..Sila skroll ke bawah --->>
Cikgu Sidar nak kita sama-sama nyanyi lagu ni dulu...
"dari ulat jadi kepompong,
duduk tidur dalam kelongsong,
sampai masa kepompong pecah,
pomm!!!
jadilah rama-rama yang indah,
rama-rama terbang merata,
sungguh cantik aneka warna,
hisap madu di pohon bunga,
tapi sayang hidup tak lama....."
Berdasarkan lagu di atas..apakah kitar hidup rama-rama?
Jawapannya adalah ini :
telur ----> beluncas ---> pupa ---> rama-rama ---> rama-rama dewasa
Sebagai bukti, kita tengok video ini..^^
untuk murid lebih memahami kitar hidup rama-rama, sila tengok video ini...
Cikgu Sidar pasti, murid-murid pasti sudah dapat memahami kitar hidup rama-rama..
Seperti mana rama-rama, serangga dan haiwan lain juga mempunyai kitar hidup masing- masing.
UJI KEFAHAMAN ANDA!!
Situasi 1
Anda berada di kebun bunga. berikan satu contoh haiwan/serangga yang terdapat di kawasan tersebut.
Kemudian, kenal pasti kitar hidup haiwan/serangga itu.
Catatkan di dalam buku.
Seterusnya, sila kenal pasti kitar hidup haiwan di situasi gurun dan dalam laut.
Cikgu Sidar memang suka bagi lagi latihan..^^ Cikgu Sidar sediakan latihan sebagai kerja rumah kepada murid-murid.
Ini sahaja latihan untuk topik kitar hidup haiwan ini.
CUBA PERMAINAN INI...^^
Pesanan Cikgu Sidar :
Jangan lupa siapkan latihan dan hantar atas meja cikgu ye..^^
No comments:
Post a Comment