Monday, 17 September 2012

Topik : Perlindungan Pada Haiwan

NOTA CIKGU SIDAR :


  • Setiap haiwan mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri untuk terus hidup dan melindungi diri daripada bahaya dan musuh.
  • Ciri-ciri keistimewaan tertentu yang ada terdapat pada haiwan tertentu adalah : 
    1. Berbau busuk
    2. Bercengkerang keras, bersisik dan berduri   
    3. Kebolehan bertukar warna kulit mengikut warna persekitaran
    4. Kuat dan tanduk tajam
    5. Kaki panjang dan otot kuat
    6. Berkuku tajam

Perhatikan pada video di atas, apakah ciri-ciri keistimewaan yang ada pada haiwan tersebut?


                    
Badak Sumbu 

Landak
                     
Ular
Penyu
Buaya

Beruang

Katak

Gajah 

Murid-murid, kenal pasti ciri-ciri perlindungan pada haiwan-haiwan di atas.


* Sila catatkan di dalam jurnal masing-masing ^ ^

GAMES FOR U MY CHILDREN!!
ENJOY... ^^

Topik : Kitar Hidup Haiwan

Soalan : Adakah haiwan mempunyai kitar hidup seperti manusia?

Jawapan : 

Ya! haiwan juga mempunyai kitar hidup seperti manusia..
                                         
Oleh itu, mari kita belaja lebih pasal topik ini ye murid-murid ^^ 
                                         
Cikgu Sidar ambil satu haiwan/serangga sebagai contoh..Sila skroll ke bawah --->>


Cikgu Sidar nak kita sama-sama nyanyi lagu ni dulu...

"dari ulat jadi kepompong,
duduk tidur dalam kelongsong,
sampai masa kepompong pecah,
pomm!!!
jadilah rama-rama yang indah,
rama-rama terbang merata,
sungguh cantik aneka warna,
hisap madu di pohon bunga,
 tapi sayang hidup tak lama....."


Berdasarkan lagu di atas..apakah kitar hidup rama-rama?

Jawapannya adalah ini : 

telur ----> beluncas ---> pupa ---> rama-rama ---> rama-rama dewasa

Sebagai bukti, kita tengok video ini..^^



untuk murid lebih memahami kitar hidup rama-rama, sila tengok video ini...



Cikgu Sidar pasti, murid-murid pasti sudah dapat memahami kitar hidup rama-rama..

Seperti mana rama-rama, serangga dan haiwan lain juga mempunyai kitar hidup masing- masing.

UJI KEFAHAMAN ANDA!!

Tugasan yang perlu murid-murid buat adalah seperti berikut :

Situasi 1

Anda berada di kebun bunga. berikan satu contoh haiwan/serangga yang terdapat di kawasan tersebut.

Kemudian, kenal pasti kitar hidup haiwan/serangga itu. 

Catatkan di dalam buku.


Seterusnya, sila kenal pasti kitar hidup haiwan di situasi gurun dan dalam laut.


Cikgu Sidar memang suka bagi lagi latihan..^^ Cikgu Sidar sediakan latihan sebagai kerja 
rumah kepada murid-murid.



Ini sahaja latihan untuk topik kitar hidup haiwan ini.



CUBA PERMAINAN INI...^^




Pesanan Cikgu Sidar : 


Jangan lupa siapkan latihan dan hantar atas meja cikgu ye..^^